top of page
A stream in the forest

​

​

Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan kerana saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman Web Wood Technology Centre (WTeC) Politeknik Kota Kinabalu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat kerana berjaya menyempurnakan pembangunan Laman Web Wood Technology Centre (WTeC) Politeknik Kota Kinabalu ini dengan jayanya. 

​

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi Lembaga Perindustrian  Kayu Malaysia (MTIB) mensasarkan nilai eksport industri perkayuan mencecah RM28 bilion menjelang 2030. Pada 2023, industri perkayuan di Malaysia telah menyumbang RM21.8 bilion kepada pendapatan eksport negara dengan produk berasaskan kayu dari Malaysia dieksport ke lebih 173 negara. Justeru, industri perkayuan mempunyai prospek yang amat cerah dan perlu diterokai sedalam-dalamnya.

​

Saya amat mengalu-alukan semua warga maya untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti WTeC  seperti program kolaborasi, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan kepakaran, penerbitan, pengiktirafan, pengajaran dan pembelajaran serta penjanaan pendapatan. Kesemua aktiviti dan program ini menunjukkan terdapatnya peningkatan budaya kerjasama berpasukan di kalangan warga PKK untuk menyumbang kepada kemajuan bidang tujuhan utama iaitu Teknologi Berasaskan Kayu. Sokongan seluruh warga PKK amatlah ditagih ke arah keletarian WTeC.

​

Oleh yang demikian, penghasilan laman web ini diharap dapat menggalakkan seluruh warga PKK, pihak industri serta komuniti untuk menjayakan aktiviti WTeC yang dirancang selari dengan  Pelan Strategik Politeknik Kota Kinabalu (PSPKK) 2025-2030.

​

Akhirul kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua Jawatankuasa WTeC dan semua warga PKK yang telah berusaha gigih sehingga terhasilnya Laman Web WTeC ini dengan jayanya.

​

Sekian, terima kasih.

​​​

              Hasmawi

DR. HASMAWI BIN KHALID

Ketua

Wood Technology Centre (WTeC)

Politeknik Kota Kinabalu

KATA ALUAN KETUA WOOD TECHNOLOGY CENTRE (WTeC)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM MALAYSIA MADANI, SALAM SABAH MAJU JAYA DAN SALAM PKK CEMERLANG

​

Centre of Technology

Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
No. 4, Jalan Politeknik
KKIP Barat
Kota Kinabalu Industrial Park
88460 Kota Kinabalu Sabah

Hubungi Kami:

T: 088-401800

F: 088-499960

© 2025 CoT WTeC PKK

Peta Lokasi

bottom of page